Like us on Facebook

Sunday, June 26, 2016

Tips Menjaga Rambut Bila Berhijab



Anda berhijab dan punya masalah rambut? Jom ketahui tips menjaga rambut bila berhijab.
Mempunyai rambut yang cantik, bersinar dan sihat memang menjadi impian setiap wanita. Namun, bagi wanita yang berhijab, anda tentunya sering berhadapan dengan masalah rambut seperti berkelemumur, berbau ‘kepam’ dan sebagainya.
Meskipun berhijab, anda sebenarnya tetap boleh memiliki rambut cantik dan sihat.
Semak 6 tips menjaga rambut bila berhijab.
1. Basuh secara teratur
Basuh secara teratur minimum dua kali sehari. Pilih syampu yang mengandungi bahan semulajadi seperti lidah buaya yang berkhasiat bagi memperbaiki pertumbuhan rambut serta mengurangkan kerosakan. Selalu gunakan perapi rambut selepas bersyampu agar rambut sentiasa lembut, harum dan kuat.

2. Guna masker rambut dan tonik rambut
Gunakan masker rambut seminggu sekali untuk menjaga kesihatan dan kekuatan akar rambut. Pati avocado bagus untuk rambut kering, manakala pati limau nipis sesuai buat rambut berminyak dan berkelemumur.Manakala ginseng pula boleh digunakan untuk menguatkan akar rambut.
Gunakan masker selepas membasuh rambut,  sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas kembali menggunakan air bersih.  Untuk membantu menguatkan akar rambut, manfaatkan serum anti rambut atau tonik rambut.

3. Rajin Menyikat Rambut
Untuk menjaga rambut, rajin-rajinlah menyikat rambut minimum empat kali sehari. Menyikat rambut sama juga seperti ‘mengurut’ kulit kepala yang bermanfaat untuk membantu kelancaran perjalanan darah. Sebaiknya gunakan sikat plastik yang bergigi jarang untuk mencegah kerosakan rambut. Hindari menarik garis belahan rambut hanya pada satu sisi sahaja kerana kerosakan boleh bermula daripada garis belahan rambut.

4. Pastikan Rambut Kering Ketika Memakai Hijab
Jangan mengenakan hijab ketika rambut dalam keadaan basah, kerana kadar kelembapan yang tinggi itu akan menyebabkan kerosakan rambut serta bakal meninggalkan bau rambut yang tidak menyenangkan. Biarkan rambut kering secara semulajadi. Jika perlu menggunakan pengering rambut, gunakan dengan suhu yang rendah serta jarak 10-15 cm daripada rambut.

 5. Lebih Bagus Jika Berambut Pendek
Cuba hindari menyimpan rambut yang terlalu panjang kerana ia akan membuatkan kulit kepala terasa lebih panas  dan gatal akibat kurangnya peredaran udara.


6. Material Hijab
Gunakan hijab daripada material ‘cotton’. Ada pelbagai jenis material dan bentuk hijab, dan sebagai pengguna anda harus bijak untuk memilihnya. Pemilihan hijab cukup mempengaruhi kesihatan rambut. Memilih hijab daripada material ‘cotton’ atau ‘spandex’ baik untuk kesihatan rambut kerana ia tidak panas dan mudah menyerap peluh. Keadaan ini akan mencegah rambut dan kulit kepala menjadi lembab. Kelembapan inilah yang  menyebabkan kelemumur.

Sumber: WOM