Like us on Facebook

Wednesday, June 29, 2016

SAH!!! Perodua Sedan Dilancarkan 21 Julai 2016


SAH, Perodua Sedan akan dilancarkan pada 21 Julai 2016. Setelah sekian lama menanti, akhirnya Perodua Sedan akan dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan.
Bulan lalu, gambar Perodua sedan yang bocor di laman sosial menggemparkan peminat automotif terutamanya mereka yang ternanti-nanti model ini.
Sedia maklum, ini adalah model sedan pertama keluaran Perodua setelah hampir 23 tahun bertapak di Malaysia. Walau bagaimana, spesifikasi model sedan itu masih tidak didedahkan. Berdasarkan sumber yang diterima, Perodua Sedan akan dipadankan dengan kapasiti enjin 1.0L dan 1.3L.
Sumber itu turut menyatakan model Perodua Sedan juga akan dipadankan dengan enjin 1.5L. Cuma, ia tidak dilancarkan serentak bersama debut awal dua varian sedan tersebut.

SISTEM MULA-HENTI

Menerusi model ini juga Perodua bakal memperkenalkan sistem mula-henti (start-stop) pada varian premium yang menyamai teknologi i-Stop digunakan Mazda pada model Mazda2. Ini bermakna Perodua Sedan ialah model segmen-B kedua di pasaran Malaysia yang menggunakan sistem berkenaan selepas Mazda2.
Bagi yang tidak tahu, sistem mula-henti berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi. Ya, ia sistem sama yang digunakan kenderaan hibrid dan amat berguna ketika berdepan situasi kesesakan teruk.
Ciri keselamatan asas juga tidak dilupakan seperti beg udara dan sistem brek anti-kunci (ABS). Namun, sumber enggan mendedahkan apa-apa maklumat apabila ditanya sama ada Perodua akan melengkapkan sistem keselamatan ekstra seperti Bantuan Brek, Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) atau Bantuan Daki Bukit (hill start assist).
Paling penting, kontroversi indikator lampu depan yang pernah disuarakan oleh seorang warga Jerman tahun lalu sudah pun diatasi pada model Perodua sedan nanti. Jadi, tiada lagi alasan untuk tidak membuka lampu kereta anda ketika memandu malam.

HARGA KOMPETITIF?

Bagaimana pula harga? Kami menjangkan harga jualan akan berada di pertengahan antara Perodua Axia dan Myvi. Kemungkinan harga jualan akan berada sekitar RM35,000 hingga RM50,000.
Apa-apapun, nantikan laporan penuh kami pada 21 Julai sebaik saja model sedan ini dilancarkan.
Sumber: pandulaju
A photo posted by JAM TANGAN DIOR (@watch_ry) on